Rabu, 29 Februari 2012

Sejarah Menara Eiffel


Menara Eiffel (Perancis: La Tour Eiffel) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis.


Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

Struktur ini dibina antara 1887 dan 1889 sebagai pintu masuk Exposition Universelle, Pameran Dunia yang merayakan seabad Revolusi Perancis. Eiffel sebenarnya merancang membina menara di Barcelona, untuk Pameran Universal 1888, tapi para pihak yang bertanggung jawab di balai kota Barcelona menganggapnya aneh dan mahal, dan tidak sesuai dengan kota itu.

Setelah penolakan Rencana Barcelona, Eiffel menghantar drafnya kepada pihak yang bertanggung jawab untuk Pameran Universal di Paris, di mana ia membina menaranya setahun kemudian, iaitu 1889. Menara ini dirasmikan tarikh 31 Mac 1889, dan dibuka tanggal 6 Mei. Tiga ratus pekerja menggabungkan bersama 18,083 bahagian besi benam (bentuk murni dari besi struktur), dengan menggunakan dua setengah juta paku. Risiko kemalangan sangat besar,  menara ini terbuka tanpa peringkat tengah kecuali dua platform. Tetapi kerana Eiffel mengambil sikap berhati-hati hanya seorang yang meninggal.

Eiffel memiliki izin membina menara selama 20 tahun,ini bermaksud menara ni harus diruntuhkan pd tahun 1909, ketika kepemilikannya diserahkan kepada Kota Paris. Kota Paris telah merancang meruntuhkannya (sebahagian daripada peraturan asal adalah untuk merancang menara yang mudah di runtuhkan) tapi setelah menara ini terbukti mendatangkan untung dari segi komunikasi, menara ini dibiarkan berdiri setelah izin tersebut luput. Jadi dapat  kita lihat sampai hari ini dan terlihat masih kokoh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar